Saturday, May 30, 2009
Pesanan Mr Yunus
Monday, May 25, 2009
Mati doh kang!
Kini tibalah waktu bersoal jawab.
Guru: Siapa boleh bagi contoh2 kecelakaan dan kesedihan macam rumah terbakar dan sebagainya? Apa agaknya ucapan yang kita boleh berikan pada mangsa?
Pelajar: Kita cikgu! Atok kita mati!!
Guru: (Erk, alamak...takde dalam lesson plan pulak jawapan ni. Cool...cool. Tak cool betul kalau gelabah. Markah profesional mesti nak tinggi). Ok, rafiq, contoh ucapannya?
Pelajar: Cikgu, mati doh kang atok kita tu! Gane nak bagi ucapan?
(Guru tersebut lalu terasa ingin histeria
Apa-apa pun, cikgu rasa terhibur :)
Perkataan...dan perbuatan dalam sains..
Guru: Ok class, what we have learned today? Ape kite dah blajar arini?
Murid: PROTECTION!!
Guru: Ataupun dalam Bahasa Melayu kite panggil ape? PER? PER ape? PER...?
Murid: PERKATAAN!!! (yakin dan serius)
Guru: Sambil cover2 gelak.."Ade pulak 'perkataan', mane ade cikgu ajar 'perkataan'...Protection tu ape? PER? PER ape? PER....?
Murid: PERBUATAN ( tetap yakin dan serius)..
Guru: Dalam hati..'Bila pulak aku ajar BM ni?'...
Guru pembimbing yang tgh observe kat blakang terus gelak kuat sampai goyang2 bdnnye..apatah lagi guru yang sdg mengajar...hahahaha...
akan tetapi..hari itu guru itu sedar...Allah SWT itu Maha Berkuasa menjadikan manusia itu pelbagai..ade yang pandai, ade yang kurang pandai..ade yang baik, ade yang jahat...semuanya dah ditentukanNya..sebagai guru, tugas kite la untuk mengajar mereka menjadi pandai dan menjadi 'ORANG'..insyaAllah..
Sesumpah...
Guru: Ok class, this is chameleon, ataupun dalam Bahasa Melayu kite panggil sesumpah... Sape tau sesumpah tu mende?
Murid: Kite tau cikgu (sambil mengangkat tangan dan yakin)
Guru: Arrr..ok, sesumpah tu mende?
Murid: Binatang hok buleh sumpoh mende2 jadik gape2..
Guru: Senyum...(sambil kepasrahan terpancar di mukanye)
Murid: Ke gane cikgu?
Kelas: Wahahahahahahaha~~
kawalan kelas..
Kelas berlalu seperti biasa...dan kawalan kelas sangat baik apabila murid menjawab 'YES'..
Loceng berbunyi..dan guru ingin keluar..
Guru: Ok, stand up class...
Murid: YES!!! (dengan yakin dan bersemangat, tp tak berdiri pun)
Guru terus memberi salam dan keluar sambil berfikir..."Salah aku ke salah YES?"
Sunday, May 24, 2009
Koleksi Kisah Lawak Semasa Praktikum...
Kat sini saya ingin berkongsi 2 cerita yg rasenye agak kelakar kot..tak kelakar pun buat2 la kelakar k..
Kisah 1:
Sempena Hari Ibu dan Hari Guru, Kelab Guru & Staf mengadakan jualan bunga dan cenderahati..
Satu hari pada waktu rehat.....
Anak murid : Makcik, hari ini ade jual bunga x?.
Cikgu : Apa?...Makcik?...cikgu la...
Anak murid : Terpinga-pinga kebingungan n terus diam tanpa kata...
Rentetan kisah 1:
Dua orang guru berdiri sambil dikelilingi hadiah2 yg dihadiahkan oleh anak2 murid...Hadiah diletakkan bersebelahan kaki kedua-dua org guru...Maka datanglah seorg anak murid yg agk dikenali...
Anak murid : Nnnak......**&^%$$>(perkataan kurang jelas)
Cikgu : Kamu nak ape?..Cikgu xdengar...
Anak murid : Nak beli hadiah...
Cikgu : Ha?...cikgu xjual hadiah...nak beli hadiah kat tempat lain eh...bye..
So, kepada kwn2 yg ade cite menarik, sila lah kongsikan kisah anda di sini ye..
Saturday, May 23, 2009
Saturday, May 16, 2009
Solat Hajat
Tuesday, May 12, 2009
Sunday, May 10, 2009
Wednesday, May 6, 2009
Rentas: P & P, Koko atau Kelab?....
Sudah hampir selesai mggu ke-5 praktikum...Di saat-saat inilah kita tertanya-tanya siapakah calon-calon untuk direntas...Mungkin anda salah seorangnya...Ada smggu lagi untuk tonjolkan yang anda berhak direntas...Apakah ciri-ciri yang ada pada calon yang direntas?...kategori mana pula anda layak untuk direntas?...P & P?...Koko?...Kelab?...mgkin Desa?..Anda yang tentukan...Atau mgkin di dalam fikiran anda ada calon yg layak untuk direntas...Jadi, kepada calon-calon RENTAS, siap sedialah dengan semuanya...BUKU REKOD, PORTFOLIO, JURNAL dan lain-lain...Bila dah lengkap sumenye...maka anda akan direntas oleh KJ dan pensyarah matapelajaran yang terlibat..So, siap sedialah untuk bersengkang mata dan tido berbantalkan buku rekod dan ABM...Selamat Maju Jaya kepada calon-calon rentas...
Sunday, May 3, 2009
9 days..
9 days to go.
1.countless of experiences
2. rhapsodize over students' manner to each other
3. fracas classroom - when we unable to control the class
4. live on bread and water, especially to spend money for food in canteen
5. was in jubilant mood when the lecturer give full mark in the red sheet
6. sit drably in the staff room when there is no class to enter.
it is not the end, merely the beginning. Gear up! Vroom...vroom!!
Friday, May 1, 2009
Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
-
Bersikap profesional.
-
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
-
Kaya ilmu.
-
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
-
Bermoral teguh.
-
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
-
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
-
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
-
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
-
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
-
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
-
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
-
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
-
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
-
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
-
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
-
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?
Hayatilah petikan kata-kata Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;
" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."ٱ