Monday, February 7, 2011

Update rambling di pagi buta





Salam, since ada dah kawan2 mengingatkan tentang peng'update'an blog ni, saya menyahut cabaran ini.

ewah, macam beriya2 je. okay, saya tak tau nak update secara fokus. jadi kita buat secara rambang. oh, kalau bab merambang memang sangat pandai tak payah draf boleh tutup mata je buat lepas tu orng tengok entry pun sambil menutup mata juga.

oh. tak baiklah begitu.

at least ada effort di situ. jadi, kepada yang ada mail dan password, silalah rajin-rajinkan diri update sendiri okay. terima kasih.

ok, secara rambang.

1. saya terjumpa iman, wani dan pijah,(eh, budak batch mana ni macam bukan cccu saja? tapi xpe, kita bagi chance) serta adik2 IPG pada hari Sabtu Lepas di Konvensyen memperingati Kejatuhan Melaka selama 500 tahun. Masing-masing sudah semakin menjelitakan diri. Alhamulillah, semua pun sihat!

2. Saya jumpa Ocin scara magic ting di sungai Besar. Rindu sangat kat Cocin. Cocin and Umey antara yang terawal dalam batch yang sambung master. Tahniah both of you. Oh, lupa, kereta cocin lawa la, mcm civic Malaysia i can say :)

3. Rambang lagi? Semalam saya mimpi Mr Yunus. Kita semua dalam mimpi tu sedang aerobik as always macam dalam kelas PE, tapi yang ni berlatarbelakangkan taman. Encik Yunus pasang lagu baru untuk KSSR. Kita semua siap buat formation aerobik lagi. Sangat rindu kelas PE. Ya Allah, berkatilah semua ilmu yang telah tercurah. sayangilah pensyarah-pensyarah kami yang tidak pernah jemu memberi ilmu untuk dimanfaatkan buat anak bangsa InsyaAllah.



4. Akan ada beberapa perkahwinan menyusul dalam tahun ni, seperti Manas, Fahmi, Lah VE, Husna (reveal dah) dan ..... ok, ada seorang lagi sahabat kita yang meminta agar disenyapka dulu berita manis ini (serious memang ada sorang lagi).hikhik. tapi dua kot, tapi...ok fine, just wait and see :P

5. Congrats pada yang sudah berkahwin ( alamak takut nak sebut nama-nama, sbb kalau ada yang tak disebutkan bisa mengundang pedih di ulu hati. General saja ok) dan menimang cahaya mata. Selamat membesarkan keluarga dengan mahabbah dan barakah. InsyaAllah.

6. Chooi Ling cakap, dia asyik pergi cameron je sebab tempat dia dengan Cameron dekat je. Darling, don't eat too much strawberry ok. I love you.

7. Amri cakap, dia happy duduk sorang-sorang kat rumah dan, cikgu-cikgu sekolah sangat baik hati masak makanan and letak dalam bilik guru dan minta dia habiskan.

8. Adik-adik junior banyak juga yang dapat JB. Siapa yang boleh membantu penempatan adik-adik, harap dapat meneruskan usaha murni.


Update lain? Andalah yang tolong update dekat ruang komen di bawah ye? Sangat2 nak tahu. Please2.



Wednesday, August 18, 2010

salam RAMADAN


Ramadhan
kini kau menjelma lagi
memberi kesempatan kini
menyuci diri
menambah takwa
merebut keampunan.

Ramadan
datangmu membawa barakah
membawa seribu pahala
melimpah segala hikmah
membuka pintu keinsafan.

"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN"


Friday, July 30, 2010

finally, we're RECOGNISED

PENGIKTIRAFAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
KOLABORASI LUAR NEGARA

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengiktiraf Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sekolah Rendah antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Universiti Luar Negara (Australia dan United Kingdom). Kelayakan berkenaan adalah seperti berikut:

i. Deakin University, Australia: iii. Canterbury Christ Church University, United Kingdom

- Bachelor of Primary Education
(Mathematics)

- Bachelor of Arts (Hons) in Primary Education (Design & Technology)

- Bachelor of Primary Education
(Science)

- Bachelor of Arts (Hons) in Primary Education (Science)




ii.
Queensland University of Technology, Australia iv. University of Hertfordshire, United Kingdom

- Bachelor of Education Studies
(Primary Design & Technology)

- Bachelor of Education (Hons)
Primary Mathematics

- Bachelor of Education Studies
(Primary Science)


Semua kelayakan di atas adalah diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian.


Tuesday, July 27, 2010

Musim buah-buahan

Durian

Tajamnya cekal mencekau
tampak sedia melawan
nyamannya jauh menjengkau
bau khas semesta kawasan.
dikuak secermat tangan
isinya gebu terserlah
kekuningan sutera warna
kadang selembut rasa
berumah bentuk perahu
berdinding putih selalu.

Musim buah-buahan sudah kembali. Durian, manggis, langsat, duku, rambutan.. Itulah antara buah-buahan yang makin banyak dipasaran.

Apa yang menarik di sini..yang ingin dikongsikan bersama ialah betapa untungnya menjadi GURU di PEDALAMAN.. bilang saja buah apa yang diidamkan..pasti akan ada anak murid yang sudi membawanya untuk guru tercinta. Manggis.. Rambutan.. Salak.. Langsat.. Pasti enak dimakan, tambahan pula yang dapat FREE. hehehe..


Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

May 16, Teacher's Day: Special days for the appreciation of TEACHERS.
Why was the date chosen for Teacher's Day??

The date was chosen because in the same month in 1956, the Federal Legislative Council of the Malay States had received several suggestions (documents) from the Education Committee regarding Teachers' Day as the base of education in Malaysia. The document, known as the Razak Report, has become the foundation of education in Malaysia ever since.

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Specially dedicated to:
* CCCU lecturers: Pn. Rosnah, Dr. Nik Zaharah, Pn. Mas Norbany, Pn. Norlia, Pn. Zaleha, Pn. Sofi, En. Yunus, En. Zakaria, Pn. Siti Hazlifah, Pn. Maimunah, Mr. Manga..dan ramai lagi..

* to CCCU members: Amri, Izat, Khairi, Wan, P. Lah, Syazwan, Hafiz, Fahmi, Manas, Tan, Lim, Alin, Iman, Aliz, Zura, Ocin, Jijah, Imah, Ruby, Yan, Wahidah, Azirah,
Ina, Sha, Atikah,Raudhah, Umrah, Fazz, Zai, Banat, Hani, Shida, Wani, Husna, Adnin, Yee Min, Xiang Lin, Vee Nee, Mei, Meng, Jing Wen, Hui Li, Jennifer, Peh Yong, Kiong, Sing Wah, Chooi Ling, and Ying.

SELAMAT HARI GURU kepada semua warga CCCU terutamanya kepada para pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami semua. Jasamu amatlah kami hargai dan kami ucapkan ribuan TERIMA KASIH. Semoga semua mendapat keberkatan daripada ILAHI. InsyaALLAH.

"Jadilah GURU yang TERBAIK dikalangan guru TERBAIK"

salam sayang,
n@d.