Showing posts with label ramblings. Show all posts
Showing posts with label ramblings. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Update rambling di pagi buta





Salam, since ada dah kawan2 mengingatkan tentang peng'update'an blog ni, saya menyahut cabaran ini.

ewah, macam beriya2 je. okay, saya tak tau nak update secara fokus. jadi kita buat secara rambang. oh, kalau bab merambang memang sangat pandai tak payah draf boleh tutup mata je buat lepas tu orng tengok entry pun sambil menutup mata juga.

oh. tak baiklah begitu.

at least ada effort di situ. jadi, kepada yang ada mail dan password, silalah rajin-rajinkan diri update sendiri okay. terima kasih.

ok, secara rambang.

1. saya terjumpa iman, wani dan pijah,(eh, budak batch mana ni macam bukan cccu saja? tapi xpe, kita bagi chance) serta adik2 IPG pada hari Sabtu Lepas di Konvensyen memperingati Kejatuhan Melaka selama 500 tahun. Masing-masing sudah semakin menjelitakan diri. Alhamulillah, semua pun sihat!

2. Saya jumpa Ocin scara magic ting di sungai Besar. Rindu sangat kat Cocin. Cocin and Umey antara yang terawal dalam batch yang sambung master. Tahniah both of you. Oh, lupa, kereta cocin lawa la, mcm civic Malaysia i can say :)

3. Rambang lagi? Semalam saya mimpi Mr Yunus. Kita semua dalam mimpi tu sedang aerobik as always macam dalam kelas PE, tapi yang ni berlatarbelakangkan taman. Encik Yunus pasang lagu baru untuk KSSR. Kita semua siap buat formation aerobik lagi. Sangat rindu kelas PE. Ya Allah, berkatilah semua ilmu yang telah tercurah. sayangilah pensyarah-pensyarah kami yang tidak pernah jemu memberi ilmu untuk dimanfaatkan buat anak bangsa InsyaAllah.



4. Akan ada beberapa perkahwinan menyusul dalam tahun ni, seperti Manas, Fahmi, Lah VE, Husna (reveal dah) dan ..... ok, ada seorang lagi sahabat kita yang meminta agar disenyapka dulu berita manis ini (serious memang ada sorang lagi).hikhik. tapi dua kot, tapi...ok fine, just wait and see :P

5. Congrats pada yang sudah berkahwin ( alamak takut nak sebut nama-nama, sbb kalau ada yang tak disebutkan bisa mengundang pedih di ulu hati. General saja ok) dan menimang cahaya mata. Selamat membesarkan keluarga dengan mahabbah dan barakah. InsyaAllah.

6. Chooi Ling cakap, dia asyik pergi cameron je sebab tempat dia dengan Cameron dekat je. Darling, don't eat too much strawberry ok. I love you.

7. Amri cakap, dia happy duduk sorang-sorang kat rumah dan, cikgu-cikgu sekolah sangat baik hati masak makanan and letak dalam bilik guru dan minta dia habiskan.

8. Adik-adik junior banyak juga yang dapat JB. Siapa yang boleh membantu penempatan adik-adik, harap dapat meneruskan usaha murni.


Update lain? Andalah yang tolong update dekat ruang komen di bawah ye? Sangat2 nak tahu. Please2.



Sunday, January 10, 2010

Teknik Wajah Buta IT




Sakit pinggang. Sakit Belakang. Sakit Kepala.
Baru seminggu sekolah, sudah turun sebanyak 3 kg.
Tapi saya rasa ini tidak lama. Orang kata, baru cuba-cuba nak menyesuaikan diri.
Anda jangan mengandaikan anda dapat melihat cik Banat yang menyerupai Erra Fazira pula di hari convocation nanti. Kempunanlah anda.

Oh, Abang Long si Amri berpesan pada semua supaya dapat mengajar dengan penuh iltizam. katanya dia sangat rindu anda semua.

Tak perlu bagitahu pun kami sudah tau abang long akan rindukan kami, sama macam kami rindukan abang Long juga.

Eh, cik Banat sedang mahu membuat offer. Bukan offer jual perfume mahupun ikan. Ini adalah offer job yang tidak bergaji. Andakan semuanya suka mengejar pahala. Maka marilah beramal dengan menjadi moderator blog ini. Cik Banat sudah tidak menang tangan mengurus blog kerana tiba-tiba telah termenjadi seorang admin di website sekolah sendiri.

Walhal telah menggunakan teknik chameleon untuk berlakon buta IT disamping seorang guru yang memang buta IT. Tetapi akhirnya, GB tetap mahu memberi tugas pada saya yang berwajah buta IT ini. Maka teknik penyamaan itu fail.

Sila contact saya okay, kita bersama2 menjadi admin yang comel macam Power Puff Girl. Takpe, lelaki pun boleh jadi-Power puff Boy!

Tuesday, December 15, 2009

Tiada isi penting di sini.

Sudah tidak tidur sehari?
Dua hari?
Tiga hari?
Tetapi masih rasa tidak boleh tidur sampai bila-bila?
(Kenapa macam bunyi iklan, anda sudah berdiet? bersenam? berlari tanpa henti? tetapi masih gemuk?)

Penat mendengar soalan2 daripada emak, abah, sanak saudara dan orang sekeliling tentang ke mana akan dihantar untuk berkhidmat?

Letih mengadap depan laptop tunggu result posting keluar?

Sila bertenang dan bersabar sahabat :) Ini adalah pengalaman yang hanya dirasai sekali seumur hidup.

Eh, saya rasa sekolah orang asli di Cameron Highland macam menyeronokkan la :P okay, sila jangan keluar tajuk. kelak semua penonton lari.

Okay, saya faham entry ini tiada isi penting. Saya nak membebel, anda faham? saya nak membebel. Blerghh...ajak orang bersabar, diri sendiri sedang merasa sedikit dukacita. Tidak elok untuk kesihatanlah bukan? Maaf T________T. Sedikit tertekan. Sedikit. Sedikit saja.

Salam sayang tersayang sayang
Banat @ Hazwani MD

Tuesday, April 21, 2009

Ingin menjadi Fan Club Cikgu K**al?


Ingin menjadi Fan Club Cikgu K**al?
Sila hantarkan nama jarak email ke 999.


Kah kah, banat berhenti menulis sekarang dan keluar ikut pintu belakang!

1)Sumber SMS dari Iman
2)Ijat, me tau ko akan cakap ini lawak ahli neraka.
3)Zatul and Nad, surat rayuan keluar dari fan Club ditolak, walaupun tak pernah apply untuk masuk. Sangat kejam.

Ok, sila noticed yang cik banat sedang mengalami tekanan perasaan di malam hari kerana akan di observe esok. Ah, dah tak bertenaga untuk ketawa berbentuk kah kah kah lagi.

Edit on 22nd April
Info Tambahan:

1.Perjumpaan pertama mungkin akan diadakan dalam masa terdekat di kedai A*y Karm*la.
2.Keahlian sudah semakin bertambah kerana setiap orang yang mempersoalkan tentang Fan Club ini akan terus diserap menjadi ahli tanpa rasa sangsi. (Zura, kery, yan, tiqah dsb)
3.Terima Kasih kepada semua yang 'sudi' join kelab ini.Ingat, tempoh keahlian anda sehingga hujung nyawa! Bertenang, bertenang...saya tahu, anda pasti sangat gembira!!

Wednesday, February 18, 2009

Homesick di jantung


Petang-petang begini, tiba-tiba rasa rindu pada rumah pula. Saya tahu, mak dan abah tak benarkan saya pulang, lebih-lebih lagi kalau tak bercuti panjang. Jarak terengganu ke Johor Bahru tidaklah sedekat jarak dari asrama ke kedai Pok Peng. Perjalanan hampir 10 jam memisahkan saya dan keluarga. Mungkin tak patut nak berasa homesick lagi dalam umur yang agak tua ni (sorry, 25 tahun mungkin lebih tua kot?) kahkah. Sila bergelak jahat, kerana saya rasa saya baru 23 tahun.

Mak, homesick betul di jantung ku!

Neway, mounds of work to be completed before we have our semester break in becoming March. I know that everybody has starts to find the reading materials, journals, articles - and doing discussion too. Good luck friends :P Let we help each other!

p/s: don't forget to download some notes from madam rosnah and mr yunus site..Thanks!

Wednesday, February 11, 2009

When Peh Yong Starts to Play

Everybody is practicing very hard in order to become the winner of this tournament. Frankly speaking, I was so impressed with the diligence of the players, especially when they were spending more than an hour in the evening at court just to sharpen their skills. Great! Today in our PE class, I found that every group is already has their own tagline as the group’s identity. What?

Rusa minum..rusa minum.(with the hands on head)
Inside… aum aum! (Aum like a cat sometime)
Killer Spike.. (I can’t get it, yet I still remember the movement. Hihi)
Other groups, I’m so sorry because I can’t remember your tagline. Maybe we can update later on..

And maybe Zaitul can help me to upload some pictures here.

1. Anybody saw a reporter wearing her baju kurung songket in the court yesterday? That is the symptom of reporter mania. Haha!

2. Don’t you think Tian Nam looks great with his new hair style? Like Iman said, Just spending RM6 for your hair, you look more handsome than Izzat. Giggling! Kau memang pandai memuji, Iman.

3. Amri feel ease when the Killer Spike won all the games.

4. Ayam Dedeq, Helang Menyambaq and The hand have their own ‘relax’ strategies.

5. The most important fact here is, everybody feel uneasy when Peh Yong starts to touch the ball. Hallamak..

Thursday, February 5, 2009

Berbeza


Tahun depan, pada masa dan waktu yang sama, kami tak mungkin bersama begini. Mungkin akan berada di sekolah masing-masing, jauh di pedalaman, jauh di ceruk kampung dan mungkin juga berada di tengah-tengah bandar dengan pengalaman-pengalaman baru yang mematangkan. The time flies kan? okay,okay..kami admit yang kami dah final year.huhu~ Entah ke manalah akan dicampakkan, hati ni haruslah begitu redha.

Final year begitu hectic, kadang-kadang kami tidak punya masa untuk bernafas. Di tambah lagi dengan faktor-faktor persekitaran, kadangkala perkara begini membunuh semangat kami untuk belajar.. Ah~ kami bahagia hidup bersama. Katalah apa saja; akan kami hadiahkan kuntum-kuntum senyum yang paling indah buat anda!

Terima kasih kepada yang memahami. Sokongan anda membuatkan bumi IPDRI ini agung di hati kami :) Helehheh~