Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Mabruk, Tahniah!

Sengaja saya melewat-lewatkan ucapan tahniah ini semata-mata nak tunggu gambar-gambar berseri-seri milik masing-masing. Alhamdulillah, tahun 2009 ini menyaksikan penyatuan dua hati bagi enam orang sahabat yang kita kasihi.



1. Sing Wah
Jutaan tahniah buat lengloi yang tiba-tiba kahwin dengan jiran sendiri. Nasiblah bukan jiran sebelah rumah. Kalau tak, rasa macam tak begitu seronok sebab perlu berjalan setapak sahaja untuk menziarah ibu mertua dari rumah sendiri. haha. Semoga dapat menjalani kehidupan yang bahagia. We're waiting for the wedding dinner...okay:)



2.Kak Sha
Tahniah buat Kak Sha dan Challang atas majlis pernikahan yang berlangsung selepas Aidilfitri yang lalu. Susah payah yang diharungi akhirnya membawa kak sha dan suami ke sebuah ikatan yang suci. Selamat menjadi isteri mithali kak Sha :) Sila hadiahkan kami baby!


3. Fazz and Jerry
Alhamdulillah, semoga ikatan pertunangan membawa kalian berdua mendekati alam pernikahan. Kami doakan agar majlis pernikahan dipermudahkan buat anda berdua. InsyaAllah :)






4. Shahida dan suami, fadzli
Perhatian, yang baju pink di sebelah Shida bukan Fadzli nama dia. Sila noticed. Haha. Anyway,tahniah buat Shahida dan suami Fadzli, atas termeterainya ikatan yang suci ini. Semoga ikatan perkahwinan disulami sikap saling hormat-menghormati dan toleransi. Rencah kebahagiaan yang utama adalah rasa percaya. Selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh dugaan ye dear :) lepas ni hang akan penat nak jaga suami dan yang paling penting, adik ipar yang masuk air dan juling tu..huhu. Congrats :)




5. Mazlinna dan pasangan, sujak

Ina dear, me minta maaf sampai terlupa-lupa you adalah berciri tunangan orang sekarang :) Baiklah, mohon segala urusan pernikahan cik juga dipermudahkan. Saya nak makan apple scrummble and spagetthi nanti masa cik kahwin okeyh. Kalau betullah dapat makanan tersebut, akan terus tango di dalam hati tak henti-henti. Kuiz hari ini, mana satu Mazlinna? Yang kiri atau yang kanan? Tujuan kuiz ini adalah untuk menguji masihkah pengunjung2 mengingati sahabat2 yang ditinggalkan selepas farewell dinner. Cett.. Anda kejam kalau anda lupa :) Eyh.. anda..jangan nak pening-pening pulak. Yang tinggi tu bukan Sujak nama dia. Itu Pajijah. Anda ni macam-macam betul.


6. Nadirah dan suami, Khairi
Ini adalah ucapan in advanced. Berhoneymoon sebelum berkahwin, especially ke UK adalah dilarang sama sekali dan itu bukan cara hidup sebagai seorang musleem. Semoga kalian berdua kekal hingga ke jinjang pelamin. Okay, ini tipu. haha! Okay, jangan ambil serius, nanti terjadi fitnah yang besar. Ampun maaf dipinta buat korang berdua. Anggaplah ini lawak celah gigi. Anggaplah Hazrin tidak akan menumbuk muka Khairi bila terbaca ini. Hahahahazrin.


"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.



Marilah menekan button comments untuk memberi ucapan buat mereka semua, kecuali pasangan number 6 tu :)


Salam sayang,
Banat @ HazwaniMD

P/s: Saya baru kehilangan seorang sahabat dari SM Sains Kota Tinggi dulu, yang meninggal dunia selepas accident teruk. Aruah tidak sempat bertahan kerana mengalami luka parah (kedua-dua buah pinggang pecah, tulang punggung hancur dan darah beku naik ke kepala). Mohon doa semua untuk menyedekahkan al-Fatihah buat sahabat saya. Semoga urusan Yati bertemu dengan penciptaNya dipermudahkan dan ditempatkan dalam golongan yang dikasihinya. Aminn...

Monday, November 23, 2009

Semoga punya peluang

Salam...kehidupan amat memenatkan sejak akhir-akhir ni. Tapi saya amat berpuas hati sekurang-kurangnya saya dapat berbakti untuk emak dalam tempoh ujiannya. Semoga emak terus kuat semangat dan tabah dalam menempuhi ujian itu. Kadang-kadang emak mengeluh kerana diuji sebegitu rupa.

Tapi, saya katakan padanya itu adalah kaffarah dosa. Bagi kami juga, apa yang sedang berlaku kepada emak adalah sedikit daripada banyak ujian yang perlu kami tempuhi dalam kisah-kisah yang membawa ujian keimanan buat kami. Begitu banyak nikmat daripadaNya yang jarang kami syukuri, mengapa dengan sedikit nikmat yang ditarik ini perlu kami tangisi sehingga ke penghujung hari? Kami perlu berikhtiar untuk mengubati emak. Semoga emak masih punya peluang untuk merasai kembali nikmat-nikmat yang telah Dia tarik itu.
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al-Maidah:3)

Alhamdulillah, saya (dan anda juga) telah berjaya menyempurnakan pengajian selama 5 tahun setengah ini. Segala susah payah bergelar pelajar di IPG KDRI benar-benar mengajak saya mencabar diri sendiri untuk terus berjaya. Saya punya banyak impian untuk direalisasikan, tapi saya serahkan pada Dia yang Maha Menentukan. Biarlah impian-impian yang terlakar itu diberkati dengan cintaNya. Semoga itu menjadi tiket untuk saya terus melakar gagah dalam perjalanan yang masih jauh ini.

Buat sahabat semua, semoga kita melakar impian yang seimbang. Jangankan sibuk mengejar kejayaan dan kebahagiaan dunia, sehingga melupakan akhirat. Semoga 'saham' kejayaan akhirat kita juga semakin bertambah seiring kejayaan duniawi. Kita sudah tidak punya banyak masa berkelana di bumi ini. Sungguh, bumi kita sudah berada di hujung tanduk.

Sahabat yang dikasihi, hari terakhir di Seremban saya kira saya tak sempat memohon maaf kepada semua. Justeru, dalam ruang dan peluang ini, saya mohon semoga semua sahabat dapat memaafkan segala keterlanjuran saya selama bersahabat dengan kalian. Sesungguhnya kewarasan kalian dalam menerima segala kelebihan dan kekurangan saya membuatkan saya benar-benar terharu. Terima kasih!


Salam sayang,
Banat @ Hazwani MD