Monday, March 30, 2009

Wabak Assignment




Salam.
Date nak submit assignment Maths and Science sudah semakin hampir. Saya percaya, bukan seorang dua antara kita sekarang sedang dilanda demam kerana wabak assignment ini. Jangan risau, itu perkara biasa. Bila saja kita gagal menuruskan stress dan emosi, memang selalunya penyakit-penyakit begini senang datang berkawan dengan kita. Saya selalu begitu,tak kisahlah time tu nak sumbit apa jenis assignment pun,saya mesti diserang sakit. Tapi compare to my dear roommate, dia hanya akan diserang sakit hanya pada musim assignment PS saja. Haha~ Dah tu pulak, jenis sakit yang menyerangnya sungguh 'berpattern'. Kalau tak silap, masa sem 4 dia sakit gigi, sem 5 pula demam, sem 6 sakit gigi semula dan demam kembali pada sem ke 7.

Apapun, selamat menghantar asignment untuk semua. Next week pula kita dah start praktikum. So, selamat menghadapi cabaran berpraktikum juga. Jadilah guru yang ikhlas mengajar, bukan terikat keterpaksaan memegang 'tittle' cikgu. Mungkin ikhlas itu belum wujud lagi dalam jiwa kita, tapi mohonlah agar keikhlasan itu segera datang. Kita mencari keberkatan dalam kehidupan kerana tanpa rezeki yang berkat itu, mustahil kita sendiri akan mampu membina generasi soleh-solehah; ia berakar umbi daripada keluarga kita sendiri.

Salam kasih dan sayang. Maaf atas kekhilafan.