Thursday, April 8, 2010

TAHNIAH!!!


20 Mac 2010 tarikh keramat,
Dewan Sri Siantan menjadi saksi,
Majlis konvokesyen selamat dihadiri,
Semua gembira suka hati,
Ijazah kini telah dimiliki.

Tahniah!!
Akhirnya segala jerit perih susah payah kita selama 5 tahun setengah telah membuahkan hasil. Saya yakin semua gembira kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke pentas untuk menerima sekeping ijazah yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama. Saya juga yakin para pensyarah juga bergembira dengan pencapaian yang telah kita tunjukkan. Tahniah kepada semua kerana menjayakan program kolaborasi IPG dan universiti luar negara yang pertama ini!

Pn. Rosnah sayang,
Masih kami ingat akan jeritan dan bebelanmu. Kami tahu segala marahmu dan segala bebelanmu itu adalah untuk kebaikan kami juga. Kami sedar, terlalu banyak yang telah kau lakukan dan korbankan untuk kami semua. Sesungguhnya, jasamu terlalu banyak dan tidak terbalas oleh kami.
Tahniah kerana telah berjaya mendidik kami menjadi warga guru yang terlatih. Terima kasih di atas segala jasamu dalam menjadikan impian kami satu realiti. Sesungguhnya ijazah yang kami miliki ini adalah dari berkat usahamu jua. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.

Para Pensyarah yang diingati selalu,
Banyak yang telah kita lalui bersama-sama. Sepanjang pengajian itu, telah banyak ilmu yang dikongsi dan dicurahkan. Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan. Akan kami gunakan dan pratikkan segala yang dipelajari di dalam pengajaran kami.

Kawan-kawan sekalian,
Banyak memori bersama telah dicipta. Ada pahit ada manis ada suka ada duka. Semuanya masih segar diingatan ini.
Kini, kita semua tersebar ke serata pelosok negeri. Hidup pula perlu berdikari sendiri. Tiada lagi rakan disisi. Jadikan ijazah yang dimiliki ini, pendorong untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Walaupun kita jauh di mata, persahabatan ini tetap akan kekal abadi. Telefon dan internet menjadi penghubung sejati.

Buat semua,
Tahniah sekali lagi!! Semoga masa akan datang dihiasi dengan lebih banyak kejayaan yang gemilang. InsyaALLAH.

salam sayang,
nad.