Thursday, December 24, 2009

Apabila bermulanya...

Salam...
Alhamdulillah dan syukur sekali, akhirnya perasaan berdebar-debar yang kita rasai setelah sekian lama telah pun berakhir.
Masing-masing telah pun tahu ke mana akan di hantar untuk berbakti nanti, kecuali untuk beberapa orang yang saya kira masih belum dapat menembusi talian kebal BPG. Terus mencuba dan mencuba.


Ada pelbagai rasa dan emosi yang bermain di fikiran kita semua, lebih-lebih lagi apabila tiba-tiba saja kita dihantar ke negeri yang sedikitpun tidak pernah terbayang di fikiran, walaupun hanya sesaat. Berbahagialah wahai hati yang redha, sesungguhnya Dia mempunyai perancangan dan ketentuan yang jauh lebih baik buat kita semua. InsyaAllah.


Sahabat, apabila bermulanya sesi persekolahan 2010 nanti, blog ini pasti tidak akan dapat di update selalu. Anda mungkin mengerti komitmen luar biasa yang terpaksa disalurkan kepada sekolah demi mahu membuktikan kualiti pelajar PISMP yang dilahirkan oleh BPG. Bersama-samalah kita mensahihkan kualiti ini, yang sebelum ini hanya dibisik-bi
sikkan dari telinga ke telinga masyarakat pendidik.


Sahabat yang dikasihi,
saya mohon agar setiap daripada anda dapat memberikan link address blogspot, wordpress, fotopages atau apa saja jenis website milik anda untuk kita sama-sama tidak terputus hubungan. Perhubungan kita yang sedia ada ini terlalu rugi andai tidak dimanfaatkan, disia-siakan malah dilupakan. Address tersebut akan saya link di blog ini juga. Oh, saya juga memikirkan untuk kembali membuka blog saya kepada umum setelah berhijrah daripada 'My Dancing Fingers' kepada 'Carilah Titik Persamaan'. Meskipun suasana di 'rumah' baru saya itu tidaklah semeriah 'rumah' yang lama, tetapi ketenangannya lebih terpelihara. Ameen. Mohon akan terus tenang dan menjadi ceria dengan kehadiran sahabat-sahabat kelak. Huhu.


Mohon juga, agar kita sama-sama dapat berkongsi link untuk subjek Science, Mathematics dan PE yang menarik agar kita sama-sama dapat menggunakannya sewaktu mengajar nanti. At least, blog ini akan jadi one stop blog yang mana semua perkara yang anda mahukan, baik dari segi bahan mengajar, mahupun berita-berita terbaru sahabat. Semua boleh didapati di sini. Oh, saya puji usaha Nad dan Khairi yang berkongsi aktiviti berwadahkan Facebook.


Mungkin permintaan saya ini terlalu banyak, tapi mengertilah semua kebaikannya nanti akan kembali kepada kita semua juga. Selamat berkhidmat!


Salam sayang

Banat @ Hazwani MD

Thursday, December 17, 2009

Selamat berjihad, luruskan niat!

Salam...untuk sahabat-sahabat yang bakal posting, jangan lupa sentiasa berdoa agar mendapat majikan yang baik dan soleh agar nanti dipermudahkan urusan menyampaikan ilmu, mendapat sekolah yang bia'h nya soleh solehah, rakan sekerja yang mementingkan pekerjaan yang barakah dan tidak sia-sia dan pelajar-pelajar yang sentiasa menghormati guru-gurunya. Amalkan doa ini.

Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, turunkanlah daku ditempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat.


Buat the chinese, saya percaya anda juga punya cara tersendiri dalam memohon perkara sebegini. bersama-samalah kita bermohon mengikut kepercayaan masing-masing.

Sentiasalah memohon pertolongan ye sahabat. Sesungguhnya Dialah sebenar-benar penolong.

Sebelum saya terlupa, saya ingin mengucapkan salam maal hijrah. Semoga semua dapat thabat dan sentiasa memperbaiki diri demi menjadi mujahid/mujahidah yang gagah menegakkan syiar Islam. Mohonkan agar ilham datang menjengah mengatur strategi mengalahkan pihak lawan kita. Usaha kita untuk melahirkan ilmuwan yang kenal agamanya dan tahu tanggungjawabnya juga adalah satu jihad. Selamat berjihad, luruskan niat!

Sayang anda semua.

Banat @ HazwaniMD

Tuesday, December 15, 2009

Tiada isi penting di sini.

Sudah tidak tidur sehari?
Dua hari?
Tiga hari?
Tetapi masih rasa tidak boleh tidur sampai bila-bila?
(Kenapa macam bunyi iklan, anda sudah berdiet? bersenam? berlari tanpa henti? tetapi masih gemuk?)

Penat mendengar soalan2 daripada emak, abah, sanak saudara dan orang sekeliling tentang ke mana akan dihantar untuk berkhidmat?

Letih mengadap depan laptop tunggu result posting keluar?

Sila bertenang dan bersabar sahabat :) Ini adalah pengalaman yang hanya dirasai sekali seumur hidup.

Eh, saya rasa sekolah orang asli di Cameron Highland macam menyeronokkan la :P okay, sila jangan keluar tajuk. kelak semua penonton lari.

Okay, saya faham entry ini tiada isi penting. Saya nak membebel, anda faham? saya nak membebel. Blerghh...ajak orang bersabar, diri sendiri sedang merasa sedikit dukacita. Tidak elok untuk kesihatanlah bukan? Maaf T________T. Sedikit tertekan. Sedikit. Sedikit saja.

Salam sayang tersayang sayang
Banat @ Hazwani MD

Wednesday, December 9, 2009

Saya di Johor, anda di?


Bersedialah untuk bermain alat ni dalam classroom, esp yang sabah sarawak yea :)




anda..anda...anda (ini ialah gema) anda di sana. Saya sudah sangat tak sabar nak berposting ni. Ingat, once kita dah step kat sekolah, we are partner. Feel free to share all of the sources dengan semua ye. Baru seronok bekerja nanti. Mohon dengan amat, agar kita sama-sama nanti berusaha gigih untuk menjadikah pelajar-pelajar sangat fun dengan pelajaran. Macam fun nya kita masa semua lecturers ajar dalam kelas. Sangat membahagiakan!

Bagaimana untuk membawa rasa FUN itu dalam kelas, andalah yang tentukan. Fun saja tidak cukup kalau tidak berkesan, ingat okay. Semoga kita semua akan sustain dengan pembawaan new approach ini. InsyaAllah.

Paling penting, bekerjalah dalam team. Selalu buat reflection. pengalaman guru-guru lama jangan di pandang enteng. Tanpa mereka, tiadalah kita sekarang. Kita perlu penambahbaikan dalam approach mereka, bukan menolak keseluruhannya. Ingat ye semua, sekali lagi. Tanpa mereka siapalah kita. Banyak pengorbanan guru-guru lama dalam memajukan sistem pendidikan kita sekarang.

Semoga nanti kita kan selalu punya masa untuk share ideas, bagi comment, evaluate friend's strategies dan macam-macam lagi. saya sangat rindukan suasana itu, harap anda pun rindu juga...rindu juga...rindu jugaa (okay, kan saya dah cakap ini dalah gema. Janganlah tanya kenapa saya taip banyak kali.)Ini adalah gema. Aik? Bukan dah bagitau ke tadi? Jeng jeng jeng. Banat, diam sekarang. Tak payah bunyi. Tak payah bunyi.

Jumpa lagi nanti, saya di semenanjung, anda di sabah dan sarawak. haha!

Salam sayang,
Banat @ HazwaniMD

Monday, November 30, 2009

Mabruk, Tahniah!

Sengaja saya melewat-lewatkan ucapan tahniah ini semata-mata nak tunggu gambar-gambar berseri-seri milik masing-masing. Alhamdulillah, tahun 2009 ini menyaksikan penyatuan dua hati bagi enam orang sahabat yang kita kasihi.



1. Sing Wah
Jutaan tahniah buat lengloi yang tiba-tiba kahwin dengan jiran sendiri. Nasiblah bukan jiran sebelah rumah. Kalau tak, rasa macam tak begitu seronok sebab perlu berjalan setapak sahaja untuk menziarah ibu mertua dari rumah sendiri. haha. Semoga dapat menjalani kehidupan yang bahagia. We're waiting for the wedding dinner...okay:)



2.Kak Sha
Tahniah buat Kak Sha dan Challang atas majlis pernikahan yang berlangsung selepas Aidilfitri yang lalu. Susah payah yang diharungi akhirnya membawa kak sha dan suami ke sebuah ikatan yang suci. Selamat menjadi isteri mithali kak Sha :) Sila hadiahkan kami baby!


3. Fazz and Jerry
Alhamdulillah, semoga ikatan pertunangan membawa kalian berdua mendekati alam pernikahan. Kami doakan agar majlis pernikahan dipermudahkan buat anda berdua. InsyaAllah :)






4. Shahida dan suami, fadzli
Perhatian, yang baju pink di sebelah Shida bukan Fadzli nama dia. Sila noticed. Haha. Anyway,tahniah buat Shahida dan suami Fadzli, atas termeterainya ikatan yang suci ini. Semoga ikatan perkahwinan disulami sikap saling hormat-menghormati dan toleransi. Rencah kebahagiaan yang utama adalah rasa percaya. Selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh dugaan ye dear :) lepas ni hang akan penat nak jaga suami dan yang paling penting, adik ipar yang masuk air dan juling tu..huhu. Congrats :)




5. Mazlinna dan pasangan, sujak

Ina dear, me minta maaf sampai terlupa-lupa you adalah berciri tunangan orang sekarang :) Baiklah, mohon segala urusan pernikahan cik juga dipermudahkan. Saya nak makan apple scrummble and spagetthi nanti masa cik kahwin okeyh. Kalau betullah dapat makanan tersebut, akan terus tango di dalam hati tak henti-henti. Kuiz hari ini, mana satu Mazlinna? Yang kiri atau yang kanan? Tujuan kuiz ini adalah untuk menguji masihkah pengunjung2 mengingati sahabat2 yang ditinggalkan selepas farewell dinner. Cett.. Anda kejam kalau anda lupa :) Eyh.. anda..jangan nak pening-pening pulak. Yang tinggi tu bukan Sujak nama dia. Itu Pajijah. Anda ni macam-macam betul.


6. Nadirah dan suami, Khairi
Ini adalah ucapan in advanced. Berhoneymoon sebelum berkahwin, especially ke UK adalah dilarang sama sekali dan itu bukan cara hidup sebagai seorang musleem. Semoga kalian berdua kekal hingga ke jinjang pelamin. Okay, ini tipu. haha! Okay, jangan ambil serius, nanti terjadi fitnah yang besar. Ampun maaf dipinta buat korang berdua. Anggaplah ini lawak celah gigi. Anggaplah Hazrin tidak akan menumbuk muka Khairi bila terbaca ini. Hahahahazrin.


"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.



Marilah menekan button comments untuk memberi ucapan buat mereka semua, kecuali pasangan number 6 tu :)


Salam sayang,
Banat @ HazwaniMD

P/s: Saya baru kehilangan seorang sahabat dari SM Sains Kota Tinggi dulu, yang meninggal dunia selepas accident teruk. Aruah tidak sempat bertahan kerana mengalami luka parah (kedua-dua buah pinggang pecah, tulang punggung hancur dan darah beku naik ke kepala). Mohon doa semua untuk menyedekahkan al-Fatihah buat sahabat saya. Semoga urusan Yati bertemu dengan penciptaNya dipermudahkan dan ditempatkan dalam golongan yang dikasihinya. Aminn...

Monday, November 23, 2009

Semoga punya peluang

Salam...kehidupan amat memenatkan sejak akhir-akhir ni. Tapi saya amat berpuas hati sekurang-kurangnya saya dapat berbakti untuk emak dalam tempoh ujiannya. Semoga emak terus kuat semangat dan tabah dalam menempuhi ujian itu. Kadang-kadang emak mengeluh kerana diuji sebegitu rupa.

Tapi, saya katakan padanya itu adalah kaffarah dosa. Bagi kami juga, apa yang sedang berlaku kepada emak adalah sedikit daripada banyak ujian yang perlu kami tempuhi dalam kisah-kisah yang membawa ujian keimanan buat kami. Begitu banyak nikmat daripadaNya yang jarang kami syukuri, mengapa dengan sedikit nikmat yang ditarik ini perlu kami tangisi sehingga ke penghujung hari? Kami perlu berikhtiar untuk mengubati emak. Semoga emak masih punya peluang untuk merasai kembali nikmat-nikmat yang telah Dia tarik itu.
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al-Maidah:3)

Alhamdulillah, saya (dan anda juga) telah berjaya menyempurnakan pengajian selama 5 tahun setengah ini. Segala susah payah bergelar pelajar di IPG KDRI benar-benar mengajak saya mencabar diri sendiri untuk terus berjaya. Saya punya banyak impian untuk direalisasikan, tapi saya serahkan pada Dia yang Maha Menentukan. Biarlah impian-impian yang terlakar itu diberkati dengan cintaNya. Semoga itu menjadi tiket untuk saya terus melakar gagah dalam perjalanan yang masih jauh ini.

Buat sahabat semua, semoga kita melakar impian yang seimbang. Jangankan sibuk mengejar kejayaan dan kebahagiaan dunia, sehingga melupakan akhirat. Semoga 'saham' kejayaan akhirat kita juga semakin bertambah seiring kejayaan duniawi. Kita sudah tidak punya banyak masa berkelana di bumi ini. Sungguh, bumi kita sudah berada di hujung tanduk.

Sahabat yang dikasihi, hari terakhir di Seremban saya kira saya tak sempat memohon maaf kepada semua. Justeru, dalam ruang dan peluang ini, saya mohon semoga semua sahabat dapat memaafkan segala keterlanjuran saya selama bersahabat dengan kalian. Sesungguhnya kewarasan kalian dalam menerima segala kelebihan dan kekurangan saya membuatkan saya benar-benar terharu. Terima kasih!


Salam sayang,
Banat @ Hazwani MD

Sunday, November 22, 2009

Hari itu telah berlalu..

Hari yang dinanti dengan penuh kesabaran,kegembiraan, keterujaan, dan tidak kurang juga kesedihan dan keberatan.telah berlalu..sungguh, tidak ku sangka ianya telah berlalu..selepas ini, episod baru akan bermula dalam hidup kita..sebagai seorang penjawat awam bernama guru..kepada semua, selamat maju jaya..insyaAllah, ada rezeki, panjang umur kita akan berjumpa lagi..doaku agar kita semua dapat bertahan dan terus bertahan di dalam profesion yang mulia ini..saya berharap semoga semua ilmu dan pengalaman selama 5 tahun setengah di IPG Kampus Dato' Razali Ismail ini mampu menjadi asas untuk kita lebih maju dan memperbaiki diri pada masa-masa akan datang...semua kenangan itu akan sentiasa berada di dalam hati kita semua...

Selamat Berjaya!!
May God bless us..amiinn

p/s: untuk kwn2 exMPKT dan rakan2 CCCU-IPG KDRI, thanks 4 dis 5 and half years..all of you will always be in my heart!

Ikhlas dariku di kejauhan:
Izzat

Monday, November 16, 2009

SELAMAT MENJADI CIKGU

Sudah terlalu hampir saat perpisahan itu, namun hati saya kembang mekar. Bukan kerana terkenangkan detik perpisahan, kerana saya tahu detik perpisahan itu pasti menitiskan air mata yang bukan sedikit. Saya gembira kerana sebelum saya tinggalkan bumi Terengganu yang saya cintai ini, saya dapat bertemu dengan semua yang ingin saya temui. Jadi hati saya berbunga-bunga, mekar sungguh. Saya cuma ingin menulis....kerana pada saya tulisan inilah yang menunjukkan perasaan saya yang tersenyum berkuntum-kuntum ini. Saya harap rakan-Rakan tidak bersedih dengan perpisahan ini kerana hakikatnya, kita tidak terpisahpun. Hayatilah persahabatan kita dan insyaAllah ukhuah ini tidak akan terputus....doa saya sentiasa mengiringi sahabat2 semua. Saya sayang anda semua. SELAMAT MENJADI CIKGU!!!!!!

Friday, November 6, 2009

STRAW JUGA BERPERASA

Tadi sewaktu jalan-jalan dalam Giant Kuala Terengganu dengan cik Zatul, kami ternampak satu produk aneh keluaran Malaysia. Okay, bagi saya yang tidak biasa mungkin aneh, tapi mungkin bagi orang-orang lain yang dah biasa gunakan produk ni, mesti rasa biasa-biasa je. Nak tau produk apa? Tadaaaa !!

Haaa...kan? Sila jangan menganga lama-lama tengok gambar ni. Anak gadis yang manis macam anda semua mesti behave sedikit.


Saya perkenalkan kepada anda semua straw berperisa jagung dan karamel!!! Hihi. Comel juga idea ini. Anda hanya perlu sediakan segelas susu. Lepastu, kalau anda nak minum air susu perasa jagung, anda hanya perlu gunakan straw berperasa jagung. Kalau tiba-tiba saja anda nak tukar selera, anda boleh secara magiknya menukar air jagung kepada air susu berkaramel dengan menggunakan straw perasa karamel. Sungguh comel, macam permainan bayi-bayi.

Saya rasa kalau dia pelbagaikan lagi perasa, senanglah kerja makcik2 buat air kat kedai makan. Buat basic air susu je. Tak pun air gula. Serious comel produk ni.

Tuesday, November 3, 2009

Meluhuri Ikatan

Salam...tengok orang berpuisi, rasa nak berpuisi jugak.

Dalam masa-masa yang tinggal beberapa minggu ini, sila jangan salahkan saya kalau puisi ni berciri sedikit melankolik. haha. untuk anda semua, sahabat yang mewarnakan hidup saya dengan penuh warna-warni.

Eh, anda di sana, kalau tak faham certain words, silalah mencari kamus. Tapi...saya rasa Hui Li je kot yang akan guna kamus :)

Meluhuri Ikatan
(Buat Sahabat Tercinta)

Kalau nanti,
Kawanan angin yang dirasuk rindu,
datang menggoda hatimu,
dengan halwa bicara,
itulah utusan kalbuku,
yang cuba membelai memori kita.

Andai nanti,
Tawa kita kedengaran gemanya,
Pada jemari ombak yang menghalusi pepasir,
Tanah kita mencantum ukhuwwah,
Itu adalah cinta,
Yang meluhuri sebuah ikatan seharum syurgawi.

Jika nanti,
Angin yang menggoda merenungmu kaku,
Ombak terdampar berwajah sugul padamu,
Itu adalah berita,
Bahawa sujudku,
Sudah sampai di buana Pencipta,
Dan aku menantimu di sana,
Sampai bersua.
Heart says: Ijat, Happy Birthday! Semoga jiwamu semakin besar, sebesar badanmu. okay, sila jangan marah.Anggaplah ini balasan kerana sering mem'bulat'kan ku di mana jua :)
Banat
b14

kisah hati

salam dari hati
salam buat yang mengerti
salam buat yang menghargai

kisah kita suci
kisah kita abadi
kisah kita kisah hati
kisah kita bercambah menjadi jambatan kasih
yang menuju ke destinasi penghidupan di hadapan
kisah kita pasti
terus mara.....dan menerus...
menerus ke hadapan,

terima kasih dari hati
terima kasih buat yang mengerti
terima kasih buat yang menghargai

Monday, November 2, 2009

Warna tanah

-pic removed-
izinkan saya koya sekejap. nanti saya remove balik. padamlah kalau korang boleh padam. haha

Salam sahabat. Blog ini telahpun saya tukarkan langsirnya kepada warna tanah. Semoga dengan warna yang tenang dan damai ini, akan wujudlah juga suasana yang damai dalam rumah ini juga.

Mohon maaf tak dapat sediakan chatbox buat masa ni, sebab laptop lama yang saya simpan semua setting sudah tak boleh digunakan lagi. Laptop pun sudah sedar diri bahawa usianya yang empat tahun perlu diganti.

Saya tak mahu beri ucapan terima kasih macam abang long, sbb saya rasa apa yang dia katakan sudah mencukupi. Cuma, saya tak pernah dengar doa yang begitu menusuk kalbu tadi. Itulah barakah sebuah doa yang kita titipkan buat guru-guru kita. Bagus Wan, usaha yang boleh dipuji.

Siallah aktifkan kembali rumah kita ni. Saya akan usahakan chatbox dengan segera.

Salam,
banat :)

Sunday, November 1, 2009

Terima kasih semua.

Salam buat semua teman-teman.....mungkin bermula hari ini, dah kene panggil adik2 kot....hmmmm....ni semua gara2 cik Banat yang meng'abanglong'kan saya di khalayak ramai.....hehehe....tapi betul la tu, saya memang 2 tahun lebih tua dari teman2 semua. Seronok majlis tadi. Terima kasih kepada cik Banat yang menceriakan suasana. Terima kasih kepada Wan atas doa yang cukup bermakna. Terima kasih kepada semua tenaga kerja, dan semua yang hadir. Terima kasih kepada Nad yang sediakan video yang sangat manis untuk dikenang dan diabadikan dalam memori. Terima kasih kepada Izzat, Pak Lah dan Zatul yang menyediakan tempat, terima kasih kepada Khairi dan 'skuad makanan'nya, terima kasih kepada Imah, Rubi dan housemate yang menguruskan hadiah, dan semua teman2 yang sudi hadir (maaf kalau ada yang saya terlepas pandang). Semoga sedikit majlis yang kita buat ini mendatangkan pengertian yang besar buat kita semua. Terima kasih semua.
amri

Saturday, October 31, 2009

Kenangan Terindah..Memori Bahagia Tercipta..


Sekian lama..akhirnya kian hampir waktu itu mengejar kami..sedar-sedar dah lama rupenye kami di bumi Terengganu, bersama menghirup udara Terengganu, pemandangan Terengganu, orang-orang Terengganu, dan tentunya memori di Terengganu...bagi yang buat program persediaan kat sini..dah dekat 5thn setengah kite kat sini kan..lepas ni, semua akan membawa diri masing-masing bersama surat posting..ada yang ke utara, ke selatan..ke kawasan tengah Semenanjung..tak kurang juga kalau rezekinya di Sabah atau Sarawak..akan dibawa bersama-sama semangat dan kekuatan untuk meneruskan hidup..takpe, semua tu dugaan..hanya macam mana kite bersedia dan mampu menghadapinya..dalam diri juga berbisik, agak-agak aku macam mane ye..tapi hati kecil hanya mampu berdoa dan redha..sebab kita seharusnya tahu semua ini pasti ada hikmahnya..

Kepada rakan-rakan, aku berdoa semoga ukhwah ini berkekalan di hati sanubari kita..Sesungguhnya kenangan dan memori itu akan sentiasa tersemat di hatiku...Cekalkan hati..Kuatkan semangat..demi perjuangan yang belum selesai...Terima kasih atas segalanya..~


*Selamat menjadi guru~
*Selamat berjuang sahabatku..Semoga Allah berkatimu..Kenangan indah bersamamu..Takkan ku biar ia berlalu..Berjuanglah hingga ke akhirnya...Dan ingatlah semua ikrar kita...



Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini, biarlah menjadi ladang cinta untuk kita menyemai semula benih-benih ukhwah yang pernah rosak binasa dihinggapi penyakit-penyakit yang telah kita cipta dengan tangan kita sendiri.
Ramadhan kali ini, biarlah menjadi ramadhan paling manis untuk diingati buat kenangan sementara masih bergelar pelajar di sini.
Ramadhan kali ini, ku mohonkan agar jangan cepat berlalu pergi, kerana hati yang masih ketandusan cinta ini belum sempat meneguk kashMu.
Ramadhan kali ini.... moga ia menjadi sebuah titik permulaan sebuah ceritera indah buat kita!
banat

Saturday, August 15, 2009

F.R.I.E.N.D.S.


good friends, best friends..

Throughout our lives, we meet numerous amounts of people. Some we may see very often and others not so much. Many have become our friends and others simply day to day acquaintances. They may sometimes fall under the title friend, but we know in our own eyes that our friends are not all regarded the same way.

Of course, we have best friends. They are the ones with whom we share everything with and tell everything to. They are the ones that we know will not leave our side. They are trusted with all our heart. When we have something that we desperately need to get off our chest, best friends are the ones to tell. We know that with them, our deepest secrets are kept safe.

An old quote says,

“Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don't say.”

in addition,

"Friends come and go, but with the precious few we shall live our lives happily."

P/S: Value our friends.

hello....


hello... is anyone home?
it has been quite a long time this blog have been not updated..well, i bet you all know the reason behind it..
RESEARCH..
everyone is struggling to finish his / her writing now. some maybe have completed more than 80%, but some others maybe are still working out as they are very slow..not even 50% finish. (dat's me!)
whatever happening.. i believe that everyone will manage to finish it on time. those who love to procrastinate, please WAKE UP and start doing. don't wait for the LAST minute.
let's do our best for the research.. believe in yourself, you can do it!!
CAYO!! CAYO!!

Sunday, July 12, 2009

Selamat berkuarantin

Entry ini ditujukan khas buat Keyi dan Nad yang sedang menghadapi hari-hari bahagia dikuarantinkan di rumah masing-masing. Ok, sila bersyukur berbanding kena kuarantin dalam wad dan dilayan seperti pesakit HIV. Sungguh derita perasaan itu kalau dibandingkan dengan duduk di rumah sendiri. Alang-alang dah duduk rumah tu, jangan lupa memasak dan mengemas rumah segala bagai. Kesian pada housemate yang bertungkus lumus membanting tulang demi mencari sesuap nasi tu. Haha. Jadi, besarlah harapan housemate-housemate tersebut untuk dihidangkan dengan makanan-makanan enak apabila kaki mula menapak di rumah nanti. Fuh.. ini yang buat kami tak sabar nak balik, nak menerkam hidanganlah katakan :)

Thursday, July 9, 2009

Perjumpaan..

Assalamualaikum wbt..selamat sejahtera..

Kepada semua pelajar yang di bawah penyeliaan Dr Hjh Nik Zaharah untuk Science Research, pada petang ini, 9 Julai 2009, jam 3 petang akan diadakan perjumpaan di kelas B13...ataupun kepada sesiapa yang tidak dapat hadir pada petang ini, anda diminta hadir pada hari Sabtu, 11 Julai 2009, jam 9.00 - 11.00 pagi..

Perhatian kepada sesiapa yang akan hadir pada hari ini atau Sabtu nanti, sila confirmkan kehadiran anda kepada saya, Izzat atau Shahizatul..terima kasih (",)

Wednesday, July 1, 2009

Makan

Seawal pagi saya sudah menghantar seorang sahabat saya ini ke sekolah. Maklumlah, hari pertama menjadi researcher, perasaan excited tu terlebih-lebih pula. Sebelum sahabat saya keluar dari kereta saya berbasa-basi dengannya.

Me: Miss, kantin buka tak? You pergi makan dululah. Office tak buka lagi.
Miss: Tak mengapa meh. Kantin mesti sudah buka sebab budak-budak ada makan. Setiap pagi mereka makan ABM.
Me: ABM?! Bukan RMT ke?
Miss: (Blur)

Saya dan sahabat seorang lagi ketawa sampai pecah perut, tapi Miss itu masih blur dan tak faham. Haha~entah macamana gayanya kalau budak2 makan ABM cikgu. Kesian cikgu susah2 buat ABM, kena makan pula!

Friday, June 19, 2009

:)







Gambar-gambar di sekolah tak dapat dipublishkan since sekolah amat menjaga privacy pelajar-pelajarnya. Nanti kita share dekat class ok?

p/s: Amma, we miss you! Appa, sila jaga amma betul-betul okay!
p/s2: Setelah cik banat discharged dari quarantine ward, hari ini giliran umi sofiah pula yang merasa 'kegerunan' berada di ward tersebut. Umi, semoga result negative, kami doakanmu!

Saturday, June 6, 2009

Fly thousands miles away



















kawan-kawan, hanya gambar saja sempat kami titipkan. Salam rindu!
p/s: Ocin bising2,sebab asyik makantapi tak bersenam.Haha!!


Saturday, May 30, 2009

Pesanan Mr Yunus


Salam. Selamat berbahagia sahabatku yang sedang berperang degan perasaan di hari bahagianya. Maaf, saya tidak dapat berada di sisi sementelaah begitu banyak urusan untuk ke UK yang masih belum diselesaikan. Saya mohon agar semuanya baik-baik saja. Seketika tadi, dalam sibuk-sibuk mengedit hasil kerja final untuk banner ke UK, saya mendapat panggilan daripada Encik Yunus, lecturer PJ yang amat kita kasihi. Seperti selalu, butir bicaranya selalu bersulamkan kegirangan. Ah, mana tidak gembira. Sekali lagi kita telah mengungguli keputusan peperiksaan PE bagi semester lepas berbanding program kolaborasi nun jauh di Selatan. Bukanlah bertujuan untuk membeza-bezakan pencapaian, tapi saya mengerti Encik Yunus sedang berbahagia kerana anak-anak didiknya masih mengekalkan kecemerlangan. Tahniah sahabat!


Pun begitu, dalam girangnya, beliau sibuk berpesan agar kita semua bersedia dengan Instrument research PE kerana kita hanya ada masa seminggu saja untuk sesi perbincangan sebelum kembali semua ke sekolah bagi tujuan pengumpulan data. Jadi, sahabat yang dikasihi, buatlah persediaan sebaiknya sebelum bermulanya sesi kuliah semester hadapan. Oh, begitu tua rupanya kita semester depan kerana akan bergelar pelajar semester akhir :)


Mankong sudah pergi, harapnya dia tidak kembali. Ataupun, kalau kembali nanti biarlah menjadi sebahagian daripada kami - moga terus subur rasa sayang, kasih dan hormat antara kita semua.


Salam sayang,

HMD

Monday, May 25, 2009

Mati doh kang!

Seorang guru praktikum telah masuk ke kelas Pendidikan Kesihatan tahun 2 dengan penuh semangat kerana dia akan diobserve pada hari tersebut. Topik pada hari itu ialah ' Menghargai Perasaan Orang lain'. Lalu, guru jelita itu pun memberi contoh-contoh ucapan apabila melawat orang sakit seperti - semoga awak cepat sembuh, padan muka kau, siapa suruh bawak motor laju-laju sampai terlanggar lembu ketua kampung dan saya berharap agar awak dapat bersabar dengan dugaan ini.

Kini tibalah waktu bersoal jawab.
Guru: Siapa boleh bagi contoh2 kecelakaan dan kesedihan macam rumah terbakar dan sebagainya? Apa agaknya ucapan yang kita boleh berikan pada mangsa?
Pelajar: Kita cikgu! Atok kita mati!!
Guru: (Erk, alamak...takde dalam lesson plan pulak jawapan ni. Cool...cool. Tak cool betul kalau gelabah. Markah profesional mesti nak tinggi). Ok, rafiq, contoh ucapannya?
Pelajar: Cikgu, mati doh kang atok kita tu! Gane nak bagi ucapan?
(Guru tersebut lalu terasa ingin histeria dan mengamuk sehingga memukul pelajar tersebut bertalu-talu sampai tak cukup nafas mendengar jawapan tersebut. Erk...maksud cikgu, ucapan pada ahli keluarga si mati lah sayang! Dia lalu 'mengintip' pensyarah pembimbing di belakang kelas. Muka merah beliau sudah cukup menggambarkan betapa beliau sedang menahan gelak!)

Apa-apa pun, cikgu rasa terhibur :)

Perkataan...dan perbuatan dalam sains..

Selesai pengajaran tajuk "Animals Protection"...

Guru: Ok class, what we have learned today? Ape kite dah blajar arini?
Murid: PROTECTION!!
Guru: Ataupun dalam Bahasa Melayu kite panggil ape? PER? PER ape? PER...?
Murid: PERKATAAN!!! (yakin dan serius)
Guru: Sambil cover2 gelak.."Ade pulak 'perkataan', mane ade cikgu ajar 'perkataan'...Protection tu ape? PER? PER ape? PER....?
Murid: PERBUATAN ( tetap yakin dan serius)..
Guru: Dalam hati..'Bila pulak aku ajar BM ni?'...

Guru pembimbing yang tgh observe kat blakang terus gelak kuat sampai goyang2 bdnnye..apatah lagi guru yang sdg mengajar...hahahaha...



akan tetapi..hari itu guru itu sedar...Allah SWT itu Maha Berkuasa menjadikan manusia itu pelbagai..ade yang pandai, ade yang kurang pandai..ade yang baik, ade yang jahat...semuanya dah ditentukanNya..sebagai guru, tugas kite la untuk mengajar mereka menjadi pandai dan menjadi 'ORANG'..insyaAllah..

Sesumpah...

Seorang guru mengajar tajuk 'Animals Protection'..

Guru: Ok class, this is chameleon, ataupun dalam Bahasa Melayu kite panggil sesumpah... Sape tau sesumpah tu mende?
Murid: Kite tau cikgu (sambil mengangkat tangan dan yakin)
Guru: Arrr..ok, sesumpah tu mende?
Murid: Binatang hok buleh sumpoh mende2 jadik gape2..
Guru: Senyum...(sambil kepasrahan terpancar di mukanye)
Murid: Ke gane cikgu?
Kelas: Wahahahahahahaha~~

kawalan kelas..

Untuk mengawal kelas dan supaya anak-anak murid senyap..seorang guru menyuruh supaya anak-anak murid menjawab 'YES' apabila guru mengatakan 'CLASS'....

Kelas berlalu seperti biasa...dan kawalan kelas sangat baik apabila murid menjawab 'YES'..

Loceng berbunyi..dan guru ingin keluar..

Guru: Ok, stand up class...
Murid: YES!!! (dengan yakin dan bersemangat, tp tak berdiri pun)

Guru terus memberi salam dan keluar sambil berfikir..."Salah aku ke salah YES?"

Sunday, May 24, 2009

Koleksi Kisah Lawak Semasa Praktikum...







Salam sume....walaupun sudah hampir seminggu kita meninggalkan alam praktikum, tetapi kisah2 di sebalik praktikum masih segar di ingatan..Oleh itu, ruangan ini dibuka untuk kwn2 sume berkongsi sedikit sebanyak kisah2 menarik dan tertarik sepanjang berpraktikum...Xkiralah semasa sem 4 ke, 5 ke, 6 ke..Apa yang penting...KELAKAR...

Kat sini saya ingin berkongsi 2 cerita yg rasenye agak kelakar kot..tak kelakar pun buat2 la kelakar k..

Kisah 1:
Sempena Hari Ibu dan Hari Guru, Kelab Guru & Staf mengadakan jualan bunga dan cenderahati..
Satu hari pada waktu rehat.....
Anak murid : Makcik, hari ini ade jual bunga x?.
Cikgu : Apa?...Makcik?...cikgu la...
Anak murid : Terpinga-pinga kebingungan n terus diam tanpa kata...

Rentetan kisah 1:
Dua orang guru berdiri sambil dikelilingi hadiah2 yg dihadiahkan oleh anak2 murid...Hadiah diletakkan bersebelahan kaki kedua-dua org guru...Maka datanglah seorg anak murid yg agk dikenali...

Anak murid : Nnnak......**&^%$$>(perkataan kurang jelas)
Cikgu : Kamu nak ape?..Cikgu xdengar...
Anak murid : Nak beli hadiah...
Cikgu : Ha?...cikgu xjual hadiah...nak beli hadiah kat tempat lain eh...bye..

So, kepada kwn2 yg ade cite menarik, sila lah kongsikan kisah anda di sini ye..

Saturday, May 23, 2009

2007 best collection


class member pengakap best..

KOT 2007



acid alkali experiments




Saturday, May 16, 2009

Solat Hajat


Salam. Since we are going to have our Professional Studies presentation in becoming week, examination in next two weeks and a trip to UK in the end of May, I would like to announce that there will be a Solat Hajat Program conducted by the CCCU lecturers and students for the musleem tomorrow (Sunday), 7 o'clock in the morning and all of the musleem are invited. Madam Rosnah is also inviting the OUM students to join us in this Solat Hajat Program. Let we ask for Allah's help. Hope that everything will be going smooth and succeed. He is the most Merciful!

Thee do we worship, and Thine aid we seek (Al-Faatihah:5)
Bersungguhlah mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu serta mohonlah pertolongan Allah dan jangan lemah.” (Hadis riwayat Muslim)