Monday, February 23, 2009

apakah ini dugaan?

Adus..

Sungguh berat semester ini.. bayangkan..

CPU ku ini tidaklah mempunyai kapasiti tambahan. Namun, hari-hari aku dimuatkan dengan pelbagai informasi yang berkecemuk dan tidak terurus. Manakala serebrumku yang sememangnya berlipat-lipat, kurasakan seperti makin berganda lipatannya.. Wayar-wayar impulse pula terasa makin berselirat dan kadang-kadang hampir tidak menjumpai jalan untuk men ‘transmit’ information. Mana tidaknya..

Sekejap berfikir mengenai Matematik.. what is problem solving? How to integrate problem solving in teaching?..

Sekejap lagi berfikir mengenai Professional Studies.. Apa tajuk pilihan? Apa pula ‘angle’ yang sesuai?

Sekejap lagi berfikir mengenai Sains.. Transmission? Investigation?

Kadang-kadang bila berfikir mengenai menyelesaikan masalah Math, teringat pula PS yang masih terkontang-kanting tanpa ‘angle’ yang kukuh. Hanya 2 minggu lagi masa yang ada.. Apa sudah jadi??

Dan bila berfikir mengenai Sains, alamak!! Apa pula ni? Confius..

Apabila CPU ini sudah bosan memproses data (mungkin tidak cukup kapasiti) oksigen yang disedut terasa seperti tidak cukup. Menyesakkan nafas.. Lantas, tubuh menjadi lemah dan mengambil inisiatif untuk berehat seketika (tidur sampai pagi..hehe)demi mengumpul kembali tenaga untuk hari seterusnya.

Moga-moga CPU ini tidak perlu diformat.. kalau tidak… ish ish ish…

No comments:

Post a Comment

care to share?