Sunday, July 12, 2009

Selamat berkuarantin

Entry ini ditujukan khas buat Keyi dan Nad yang sedang menghadapi hari-hari bahagia dikuarantinkan di rumah masing-masing. Ok, sila bersyukur berbanding kena kuarantin dalam wad dan dilayan seperti pesakit HIV. Sungguh derita perasaan itu kalau dibandingkan dengan duduk di rumah sendiri. Alang-alang dah duduk rumah tu, jangan lupa memasak dan mengemas rumah segala bagai. Kesian pada housemate yang bertungkus lumus membanting tulang demi mencari sesuap nasi tu. Haha. Jadi, besarlah harapan housemate-housemate tersebut untuk dihidangkan dengan makanan-makanan enak apabila kaki mula menapak di rumah nanti. Fuh.. ini yang buat kami tak sabar nak balik, nak menerkam hidanganlah katakan :)

1 comment:

  1. haha.ko nk mkn ke mskan org kna kuarantin ni? sian dorg dh arr skit kene msk pulok. tp bgus gok. msk bnyk2 skek

    ReplyDelete

care to share?