Thursday, December 24, 2009

Apabila bermulanya...

Salam...
Alhamdulillah dan syukur sekali, akhirnya perasaan berdebar-debar yang kita rasai setelah sekian lama telah pun berakhir.
Masing-masing telah pun tahu ke mana akan di hantar untuk berbakti nanti, kecuali untuk beberapa orang yang saya kira masih belum dapat menembusi talian kebal BPG. Terus mencuba dan mencuba.


Ada pelbagai rasa dan emosi yang bermain di fikiran kita semua, lebih-lebih lagi apabila tiba-tiba saja kita dihantar ke negeri yang sedikitpun tidak pernah terbayang di fikiran, walaupun hanya sesaat. Berbahagialah wahai hati yang redha, sesungguhnya Dia mempunyai perancangan dan ketentuan yang jauh lebih baik buat kita semua. InsyaAllah.


Sahabat, apabila bermulanya sesi persekolahan 2010 nanti, blog ini pasti tidak akan dapat di update selalu. Anda mungkin mengerti komitmen luar biasa yang terpaksa disalurkan kepada sekolah demi mahu membuktikan kualiti pelajar PISMP yang dilahirkan oleh BPG. Bersama-samalah kita mensahihkan kualiti ini, yang sebelum ini hanya dibisik-bi
sikkan dari telinga ke telinga masyarakat pendidik.


Sahabat yang dikasihi,
saya mohon agar setiap daripada anda dapat memberikan link address blogspot, wordpress, fotopages atau apa saja jenis website milik anda untuk kita sama-sama tidak terputus hubungan. Perhubungan kita yang sedia ada ini terlalu rugi andai tidak dimanfaatkan, disia-siakan malah dilupakan. Address tersebut akan saya link di blog ini juga. Oh, saya juga memikirkan untuk kembali membuka blog saya kepada umum setelah berhijrah daripada 'My Dancing Fingers' kepada 'Carilah Titik Persamaan'. Meskipun suasana di 'rumah' baru saya itu tidaklah semeriah 'rumah' yang lama, tetapi ketenangannya lebih terpelihara. Ameen. Mohon akan terus tenang dan menjadi ceria dengan kehadiran sahabat-sahabat kelak. Huhu.


Mohon juga, agar kita sama-sama dapat berkongsi link untuk subjek Science, Mathematics dan PE yang menarik agar kita sama-sama dapat menggunakannya sewaktu mengajar nanti. At least, blog ini akan jadi one stop blog yang mana semua perkara yang anda mahukan, baik dari segi bahan mengajar, mahupun berita-berita terbaru sahabat. Semua boleh didapati di sini. Oh, saya puji usaha Nad dan Khairi yang berkongsi aktiviti berwadahkan Facebook.


Mungkin permintaan saya ini terlalu banyak, tapi mengertilah semua kebaikannya nanti akan kembali kepada kita semua juga. Selamat berkhidmat!


Salam sayang

Banat @ Hazwani MD

6 comments:

  1. slm teman2,
    thniah pd kwn2 yg dpt tmpt posting yg dihajatkn..n kpd kwn2 yg xdpt tmpt yg die nak tu bykkn brsbr n redha ng ketetapan Allah..(psnn tuk dr sndiri gak)..
    smga teman2 seme mnjadi guru yg brusaha n mantap di arena pendidikan...huhu insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. salam ano, lebih menarik andai dapat tulis siapa cik ano yang sebenarnya ni :)

    anyway, betul tu...posting ke tempat orang tidak bermakna kita akan selama2nya di tempat orang...ada rezeki nanti kembalilah kita berbakti di kampung halaman.

    terus berbakti peeps!

    ReplyDelete
  3. cik admin,sy berbesar hati berkongsi apa yg saya ada dengan semua org..
    mari kita berjaya bersama-sama..
    ilmu perlu d kongsi..bukan milik kita sahaja..
    i will try to share anythg that will benefit to all..
    Good Luck everyone..
    Hope all of you will be a great teacher..
    SELAMAT MENGAJAR...

    Cikgu khairi..

    ReplyDelete
  4. opss..sori..zura here..

    ReplyDelete
  5. Dear friends,

    We'll now entering a new phase of our life. It might be not like what we expected it to be. However, i believe that everyone will adopt and adapt to the new situation, and face it with full DETERMINATION and COURAGE.

    YES, we can do it!!

    ReplyDelete
  6. kery: great. sharing is caring

    zura: it's ok. zura, me miss u!

    Nadi: Of course we can DO IT!!

    ReplyDelete

care to share?