Friday, May 1, 2009

Guru Berkesan


Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
  • Bersikap profesional.

  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

  • Kaya ilmu.

  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

  • Bermoral teguh.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

  • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?


Hayatilah petikan kata-kata Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;

" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara

berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan

diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh

itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan

watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai

pendidik yang unggul."ٱ

3 comments:

  1. saje je ltak gmbr pn rosnah..dia je yg plg mmahami bdk2 cccu..thanks to her..

    ReplyDelete
  2. guru yang sentiasa arif dengan suasana pendidikan. guru yang selalu thinking out of the box. guru yang selalu sentisa pandai meng'adapt'kan diri dengan persekitaran, bukan mengharapkan persekitaran yang adapt dengan kita, itu mustahil. guru yang selalu merasakan dia guru di mana-mana saja. guru yang tidak mudah melatah apabila diberi komen, guru yang sentiasa menerima pandangan orang lain.. itulah guru sebenar.

    ReplyDelete
  3. ~yelah...bnyk sgt yg die wat..bnyk membantu..

    ReplyDelete

care to share?