Monday, May 25, 2009

Mati doh kang!

Seorang guru praktikum telah masuk ke kelas Pendidikan Kesihatan tahun 2 dengan penuh semangat kerana dia akan diobserve pada hari tersebut. Topik pada hari itu ialah ' Menghargai Perasaan Orang lain'. Lalu, guru jelita itu pun memberi contoh-contoh ucapan apabila melawat orang sakit seperti - semoga awak cepat sembuh, padan muka kau, siapa suruh bawak motor laju-laju sampai terlanggar lembu ketua kampung dan saya berharap agar awak dapat bersabar dengan dugaan ini.

Kini tibalah waktu bersoal jawab.
Guru: Siapa boleh bagi contoh2 kecelakaan dan kesedihan macam rumah terbakar dan sebagainya? Apa agaknya ucapan yang kita boleh berikan pada mangsa?
Pelajar: Kita cikgu! Atok kita mati!!
Guru: (Erk, alamak...takde dalam lesson plan pulak jawapan ni. Cool...cool. Tak cool betul kalau gelabah. Markah profesional mesti nak tinggi). Ok, rafiq, contoh ucapannya?
Pelajar: Cikgu, mati doh kang atok kita tu! Gane nak bagi ucapan?
(Guru tersebut lalu terasa ingin histeria dan mengamuk sehingga memukul pelajar tersebut bertalu-talu sampai tak cukup nafas mendengar jawapan tersebut. Erk...maksud cikgu, ucapan pada ahli keluarga si mati lah sayang! Dia lalu 'mengintip' pensyarah pembimbing di belakang kelas. Muka merah beliau sudah cukup menggambarkan betapa beliau sedang menahan gelak!)

Apa-apa pun, cikgu rasa terhibur :)

4 comments:

  1. salam, for all studs CCCU at IPGM KDRI...
    wat a funny experience!...but at least there are somethin to be shared wit others.even i'm not there at that moment, but i still can lough like a devil here...i cn nt imagine how that supervising teacher pretending nt to lough at the back..Hahhah (amri's little brother_I4p)

    ReplyDelete
  2. Em...sapela cg yang bersemangat tu ye..em..xkisahla..yg penting anak2 murd bersemangat menjwb soklan tu..

    ReplyDelete
  3. moderator: sila noticed bahawa kisah ini terjadi di sk padang air. oh amir,kirimkan salam pada cik izwah ok:)

    jemputlah berziarah selalu
    salamalaik

    ReplyDelete
  4. cheh itu berlaku pada ijat...juga hahaha PER PER PERkataan...cian mg jat

    ReplyDelete

care to share?