Tuesday, November 3, 2009

Meluhuri Ikatan

Salam...tengok orang berpuisi, rasa nak berpuisi jugak.

Dalam masa-masa yang tinggal beberapa minggu ini, sila jangan salahkan saya kalau puisi ni berciri sedikit melankolik. haha. untuk anda semua, sahabat yang mewarnakan hidup saya dengan penuh warna-warni.

Eh, anda di sana, kalau tak faham certain words, silalah mencari kamus. Tapi...saya rasa Hui Li je kot yang akan guna kamus :)

Meluhuri Ikatan
(Buat Sahabat Tercinta)

Kalau nanti,
Kawanan angin yang dirasuk rindu,
datang menggoda hatimu,
dengan halwa bicara,
itulah utusan kalbuku,
yang cuba membelai memori kita.

Andai nanti,
Tawa kita kedengaran gemanya,
Pada jemari ombak yang menghalusi pepasir,
Tanah kita mencantum ukhuwwah,
Itu adalah cinta,
Yang meluhuri sebuah ikatan seharum syurgawi.

Jika nanti,
Angin yang menggoda merenungmu kaku,
Ombak terdampar berwajah sugul padamu,
Itu adalah berita,
Bahawa sujudku,
Sudah sampai di buana Pencipta,
Dan aku menantimu di sana,
Sampai bersua.
Heart says: Ijat, Happy Birthday! Semoga jiwamu semakin besar, sebesar badanmu. okay, sila jangan marah.Anggaplah ini balasan kerana sering mem'bulat'kan ku di mana jua :)
Banat
b14

4 comments:

  1. jahat mu bulat..hahaha..apepon, thanx 4 da wishes..

    ReplyDelete
  2. ano: tau dengan jelas dan nyata bahawa mu adalah bambam walaupun berselindung disebalik nama ano. aish..lain kali jgn letak ano okeyh. tidak manis. pilih name/url. sbb url tu optional je. xnak letak pun xpe. okeyh bam :)

    ReplyDelete
  3. wei...i also understand de puisi without checking de dictionary...dun look down at me o! hahahahaha

    ReplyDelete
  4. haha:) huili dear... i tau, tapi i sengaja je okeyh. anyway, hope u r happy during ur visit to my house that day. sorry, mum was not in a gud condition, so she didnt talk much. come another day, so both of u can cakap cina together okeyh.luv u!

    ReplyDelete

care to share?