Monday, November 23, 2009

Semoga punya peluang

Salam...kehidupan amat memenatkan sejak akhir-akhir ni. Tapi saya amat berpuas hati sekurang-kurangnya saya dapat berbakti untuk emak dalam tempoh ujiannya. Semoga emak terus kuat semangat dan tabah dalam menempuhi ujian itu. Kadang-kadang emak mengeluh kerana diuji sebegitu rupa.

Tapi, saya katakan padanya itu adalah kaffarah dosa. Bagi kami juga, apa yang sedang berlaku kepada emak adalah sedikit daripada banyak ujian yang perlu kami tempuhi dalam kisah-kisah yang membawa ujian keimanan buat kami. Begitu banyak nikmat daripadaNya yang jarang kami syukuri, mengapa dengan sedikit nikmat yang ditarik ini perlu kami tangisi sehingga ke penghujung hari? Kami perlu berikhtiar untuk mengubati emak. Semoga emak masih punya peluang untuk merasai kembali nikmat-nikmat yang telah Dia tarik itu.
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al-Maidah:3)

Alhamdulillah, saya (dan anda juga) telah berjaya menyempurnakan pengajian selama 5 tahun setengah ini. Segala susah payah bergelar pelajar di IPG KDRI benar-benar mengajak saya mencabar diri sendiri untuk terus berjaya. Saya punya banyak impian untuk direalisasikan, tapi saya serahkan pada Dia yang Maha Menentukan. Biarlah impian-impian yang terlakar itu diberkati dengan cintaNya. Semoga itu menjadi tiket untuk saya terus melakar gagah dalam perjalanan yang masih jauh ini.

Buat sahabat semua, semoga kita melakar impian yang seimbang. Jangankan sibuk mengejar kejayaan dan kebahagiaan dunia, sehingga melupakan akhirat. Semoga 'saham' kejayaan akhirat kita juga semakin bertambah seiring kejayaan duniawi. Kita sudah tidak punya banyak masa berkelana di bumi ini. Sungguh, bumi kita sudah berada di hujung tanduk.

Sahabat yang dikasihi, hari terakhir di Seremban saya kira saya tak sempat memohon maaf kepada semua. Justeru, dalam ruang dan peluang ini, saya mohon semoga semua sahabat dapat memaafkan segala keterlanjuran saya selama bersahabat dengan kalian. Sesungguhnya kewarasan kalian dalam menerima segala kelebihan dan kekurangan saya membuatkan saya benar-benar terharu. Terima kasih!


Salam sayang,
Banat @ Hazwani MD

4 comments:

  1. Stay strong eh..mu kan hebak kali..uhuhuh..byk2 doa n sbar dgn ketentuanNya..

    ReplyDelete
  2. salam sars. jzzk. xlah hebat pun, masih seorg manusia biasa yg terlalu kerdil disisiNya. salam aidiladha ntuk ur family~

    ReplyDelete
  3. memang kite sume ni terlalu kerdil di sisiNya..hidup ni pinjaman..so,hargai hidup ini ok..

    ReplyDelete
  4. hargai saja tak mencukupi kalau ketaatan,pegangan dan kesyukuran tidak dapat diterjemahkan melalui amalan. Selamat beramal untuk semua sahabat dan saya sendiri terutamanya.

    Semoga dikurniakan iman yang segar, fikrah yang mantap.

    Salam sayang semua.

    ReplyDelete

care to share?