Friday, November 6, 2009

STRAW JUGA BERPERASA

Tadi sewaktu jalan-jalan dalam Giant Kuala Terengganu dengan cik Zatul, kami ternampak satu produk aneh keluaran Malaysia. Okay, bagi saya yang tidak biasa mungkin aneh, tapi mungkin bagi orang-orang lain yang dah biasa gunakan produk ni, mesti rasa biasa-biasa je. Nak tau produk apa? Tadaaaa !!

Haaa...kan? Sila jangan menganga lama-lama tengok gambar ni. Anak gadis yang manis macam anda semua mesti behave sedikit.


Saya perkenalkan kepada anda semua straw berperisa jagung dan karamel!!! Hihi. Comel juga idea ini. Anda hanya perlu sediakan segelas susu. Lepastu, kalau anda nak minum air susu perasa jagung, anda hanya perlu gunakan straw berperasa jagung. Kalau tiba-tiba saja anda nak tukar selera, anda boleh secara magiknya menukar air jagung kepada air susu berkaramel dengan menggunakan straw perasa karamel. Sungguh comel, macam permainan bayi-bayi.

Saya rasa kalau dia pelbagaikan lagi perasa, senanglah kerja makcik2 buat air kat kedai makan. Buat basic air susu je. Tak pun air gula. Serious comel produk ni.

5 comments:

  1. Ade gak gitu erk..huhuuh..macam2 ade kat Malysian ni..Proud to be Malaysian

    ReplyDelete
  2. sila proud secara banyak. next time endik boleh invent benda lain pulak okeyh :)

    ReplyDelete
  3. owhhh tao2.tp x sdappp sgt esp vanilla hee~ :)

    ReplyDelete
  4. fazz: xsedap boleh terima. tak sedap sangat itu begitu menakutkan bunyinyeee...eyyy

    ReplyDelete
  5. hee x larr menakutkn sgt ponn :) masih boley d'trima tp seboleh2nyerr akan d'elakkan :D

    ReplyDelete

care to share?